Wednesday, July 23, 2008

ZIARAH MAKAM AULIA'

Di makam Kiai Abd Malik Ibrahim.... Rombongan sedang diberi taklimat tentang
Kiai Abdul Malik Ibrahim yang telah mengislamkan Majapahit
Inilah makam Mbah Soleh yang menjadi pengikut setia kepada Sunan Ampel beliau dikatakan meninggal dunia sebanyak sembilan kali. Suatu ketika, Sunan Ampel tanpa sengaja berdesah, “Ah, seandainya Mbah Sholeh masih hidup, tentu pekarangan masjid tidak kotor begini”.

Seketika itu, Mbah Soleh yang sudah meninggal, mendadak muncul dan segera membantu Sunan Ampel membersihkan masjid. Keajaiban itu berulang kali terjadi sampai sembilan kali, hingga wafatnya Sunan Ampel pada tahun 1478 di Ampel.

Mbah Sholeh pun yang meninggal tak lama kemudian dimakamkan di kompleks makam Masjid Ampel lama sebelah utara.


Kesemua kubur ini adalah kubur Mbah Soleh

Bergambar dihadapan pintu masuk ke makam
Sunan Kudus
Bergambar di makam Sunan Kalijaga
R.M SYAHID kemudian dikenali dengan nama Sunan Kalijaga. Diantara wali sembilan beliau terkenal sebagai wali yang berjiwa besar, seorang pemimpin, pejuang, muballigh, pujangga dan ahli falsafah.
Khabarnya Sunan Kalijaga usianya melangkaui tiga kali masa pemerintahan iaitu 1) Zaman akhir kerajaan Majapahit. 2) Zaman kerajaan Islam Demak. 3) Zaman kerajaan Pajang


Makam Sunan MuriaDi puncak gunung muria inilah jasad Raden Umar Said ditanam.Kami mendaki dengan menggunakan motosikal melalui lereng-lereng gunung.

Nama beliau ialah RADEN UMAR SAID kemudian dikenali dengan Sunan Muria. Beliau termasuk dalam wali 9. Sunan Muria adalah salah seorang penyokong kerajaan Bintoro. Beliau juga mendirikan masjid Agung Demak

Dakwahnya banyak tertumpu di desa-desa yang jauh daripada bandar, beliau lebih suka berdakwah masyarakat disekitar lereng gunung Muria yang terletak 18 km sebelah utara kota kudus.

Dihadapan makam Sunan Bonang
Namanya ialah RADEN MAULANA MAKDUM IBRAHIM kemudian dikenali dengan Sunan Bonang,anak kepada Sunan Ampel. Beliau bergiat aktif menyebarkan islam di daerah Jawa Timur. Sunan Bonang juga telah mendirikan pondok di daerah Tuban. Beliau juga adalah penyokong kepada kerajaan Islam Demak dan membantu mendirikan masjid Agung Demak

Sunan Bonang juga telah menanamkan pengaruh dan memberikan didikan Islam kepada R.Patah putera dari Briwajaya V. dari kerajaan Majapahit dan menyediakan Demak sebagai tempat untuk mendirikan negara Islam.


Masjid Agung Demak yang didirikan sama oleh Sunan bonang

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home